MyCPS Studio – Sesi Fotografi Model Muslimah

My Creative Pixel Studio (MyCPS) baru melancarkan white studio kekalnya pada 1 April 2013 yang lepas. Bersempena dengan ini beberapa rakan jurufoto membuat satu sesi fotografi bertemakan model muslimah.

MyCPS white studio terletak di PV128 Danau Kota di dalam satu bangunan dengan Kampung Pengantin dan ditingkat yang sama, Level 3.

Studio ini dilengkapi dengan 6 lampu strob berkuasa 600 watts serta pelbagai alatan lain seperti softboxes, beauty dish, payung, radio trigger dan beberapa warna latar belakang. MyCPS juga menyediakan bilik persalinan dan solekkan serta bilik untuk bersolat.

MyCPS kini untuk waktu terhad menawarkan harga promosi pengenalan bermula dari RM80 untuk 3 jam. Jangan lepaskan peluang harga promosi tersebut dan gunakan studio yg selesa, besar & berhawa dingin untuk memahirkan diri dengan kreativiti kawalan lampu studio.

Untuk tempahan sila hubungi Aiman 012-3602384, Ajimz 019-3468684 atau Amb 012-2754917. Waktu operasi Isnin hingga Ahad 10 pagi sehingga 12 tengah malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.